Thursday, 23 February 2012

Mengapa Perempuan Cemburu?

gud morning,,santapan untuk hari ni,bosan menungu giliran untuk mandi,aq pown bukak lah blog,and terbaca #mengapa perempuan cemburu#
pepun aq suke lah gak.........hehhehehhehe...



Rentetan tampalan di bawah, saya terfikir ...

Mengapa perempuan lebih cemburu berbanding lelaki?

Melalui pengamatan, kita terpaksa akur majoriti perempuan sejak mula bergelar gadis mula bersifat cemburu. Jika berpacaran, mereka bimbang teman lelaki dirampas dek gadis lain.

Begitu lazimnya.

Sebaik mendengar desas-desus berhubung kewujudan orang ketiga dalam perhubungan samada berita diterima berbentuk fakta atau sekadar telahan, selalunya mereka bingkas melatah dan melontarkan pelbagai  soalan kepada pasangan.

"You ada girl selain I ke?"

"You ni nak buat hal dengan I ke?"

"Siapa girl selalu saya 'like' status you kat Facebook tu?"
Maka terkedu teman lelaki diterjah soalan sebegitu andai dia insan jujur dan setia. Benar, bukan semua lelaki bersifat sama tetapi kita harus menerima kenyataan masih ramai lelaki hanya ingin memiliki satu pasangan  sehingga ke akhir hayat.

Majoriti gadis sedang dilamun cinta sebenarnya tidak yakin dengan keupayaan diri sendiri? Barangkali benar. Mereka tidak yakin dengan kebolehan menjaga hati dan perasaan pasangan. Mereka bimbang sikap buruk dipamerkan sebelum ini sedikit sebanyak mengguris peraasaan teman lelaki lalu berkemungkinan membuka ruang untuk dia memilih gadis lebih baik dan mampu melayan secara lebih sempuna.

Sesetengah gadis mengambil pendekatan berbeza, apabila berasa cemburu kerana mengesyaki teman lelaki mempunyai hubungan dengan gadis lain, mereka merajuk.

Enggan menjawab panggilan telefon biarpun dihubungi berulang kali atau mengelak untuk bertemu biarpun hasrat itu disampaikan kepadanya melalui kenalan.

Hello! Majoriti lelaki tidak begitu berminat dalam acara pujuk memujuk. Sebilangan juga meluat dengan sikap sebegitu.  Jadi jangan terlopong jika diri ditinggalkan begitu sahaja.

Lelaki kan ...

Mengungkap kembali lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ...

'Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga'

Ya! Sebilangan lelaki bukan meninggalkan kekasih mereka berikutan kehadiran orang ketiga tetapi akibat sikap kekasih berulangkali melontarkan tohmahan tidak berasas. Alang kepalang dituduh secara semberono ditambah perasaan muak berikutan sifat cemburu keterlaluan, mengapa tidak mengambil peluang itu untuk dijadikan penyebab perpisahan?

Lelaki, sampai ketua masih laku lagi.

Contohnya, kisah tampalan di bawah, biar pun berapa usia lelaki itu, dia mampu memperisterikan 2 perempuan berumur 20 an dan 50 tahun.

Mangsa tercedera, wanita, bukan dia. Saya percaya, isteri keduanya akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Kepada semua wanita bergelar kekasih mahu pun isteri, pesanan saya ringkas. Perasaan cemburu hanya kerap menghantui perempuan tidak bijak membelai perasaan dan fizikal pasangan mereka. Justeru khuatir, perempuan lain menandingi mereka dari aspek itu.

(Belaian fizikal untuk pasangan telah diijab kabulkan secara sah) 
 
zhafran@blogspot.com.my Blogger Template by Ipietoon Blogger Template